Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Menurut cerita orang tua di Kg. Kempadang mendapat nama kerana terdapat banyak Pokok Padang di kawasan Kg. Kempadang.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN INTERNET SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA.
Aktiviti Terkini | 5,8 & 12 September 2024Tujuan program ini diadakan bagi meraikan hari kemerdekaan Bersama- sama anak-anak TADIKA dengan taklimat berkenaan Keselamatan Internet serta pengenalan kepada perkakasan computer dan bermain permainan pembelajaran mengunakan tablet....baca selanjutnya
PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN INTERNET SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN.
Aktiviti Terkini | 27 & 28 Ogos 2024Murid Tadika Kemas RTK Kampung Pandan...baca selanjutnya
STEM IOT- AI UNTUK RAKYAT
Aktiviti Terkini | 17 Julai 2024AI untuk Rakyat ialah program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ‘Kecerdasan Buatan’ - Artificial Intelligence (AI). ...baca selanjutnya
STEM IOT- AI UNTUK RAKYAT
Aktiviti Terkini | 4 Jun 2024AI untuk Rakyat ialah program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ‘Kecerdasan Buatan’ - Artificial Intelligence (AI)....baca selanjutnya
SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 3 Mei 2024Komuniti sekitar NADI...baca selanjutnya
KELAS ICT (MICROSOFT WORD)E-LATIH
Aktiviti Terkini | 4 April 2024Dimana pelajar boleh mempelajari asas computer seperti Microsoft word dan pelbagai lagi pembelajaran lain....baca selanjutnya
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM CUTI SEKOLAH
Aktiviti Terkini | 1 Mac 2024Majlis penutupan sempena program cuti sekolah yang diadakan sepanjang cuti sekolah seperti kelas canva, kelas ict dan pelbagai lagi yang mana berkolabarasi dengan pihak NADI dimana kelas ada yang diadakan di NADI...baca selanjutnya
PROGRAM ICT SEMPENA CUTI SEKOLAH
Aktiviti Terkini | 12 - 22 Februari 2024Sempena minggu cuti sekolah, PEDi mengambil peluang dengan mengadakan program sepanjang cuti sekolah kepada adik-adik PEDi...baca selanjutnya
PENDAFTARAN PADU SECARA FIZIKAL
Aktiviti Terkini | 24 & 25 Januari 2024Sempena menyahut seruan kerajaan dalam memastikan setiap komuniti setempat tidak ketinggalan dalam menerima sebarang bantuan dari kerajan, Pihak DOSM telah berkerjasama dengan PEDi untuk membuka kaunter pendaftaran PADU secara fizikal di setiap PEDi bagi memudahkan komuniti setempat untuk mengemaskini akaun PADU mereka...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya