Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita orang tua di Kg. Kempadang mendapat nama kerana terdapat banyak Pokok Padang di kawasan Kg. Kempadang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KDB, DIGI CYBERSAFE DI HARI TERBUKA PI1M FELDA BUKIT SAGU

Aktiviti Terkini | 05 Disember 2015

Pengurus-pengurus PI1M Daerah Kuantan bersama-sama mengadakan KDB & Digi Cyber Safe, dengan mengadakan kuiz berpandu menayangkan video berkaitan dengan KDB & Digi Safe...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

kembara pendidik utm 2015 kelab suka belajar

Aktiviti Terkini | 28-29 November 2015

Memperkenalkan fungsi PI1M  & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI1M . Mengadakan program Klik Dengan Bijak. Memberi imej positif dan menunjukkan penglibatan PI1M dalam aktiviti komuniti...baca selanjutnya

game online pelajar sekolah menengah & pelajar sekolah rendah

Aktiviti Terkini | 22 November 2015

Memperkenalkan fungsi PI1M  & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI1M . Mengadakan program Klik Dengan Bijak. Memberi imej positif dan menunjukkan penglibatan PI1M dalam aktiviti komuniti. Mengadakan Pertandingan Online Game sempena Majlis Perasmian PI1M Kg. Kempadang pada 28.12.2015...baca selanjutnya

BSN SCHOOL CARNIVAL

Aktiviti Terkini | 7-18 Oktober 2015

Memperkenalkan fungsi PI1M  & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI1M . Mengadakan program Klik Dengan Bijak. Memberi imej positif dan menunjukkan penglibatan PI1M dalam aktiviti komuniti...baca selanjutnya

kUIZ IBADAH HAJI & QURBAN

Aktiviti Terkini | 27 September 2015

Memberi pendedahan kepada peserta untuk memahami ibadah haji & qurban...baca selanjutnya

KUIZ KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2015

Memberi pendedahan kepada peserta untuk menyemai & memupuk cinta kepada negara...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 31 Julai 2015

Mengeratkan silaturrahim bersama pengunjung dan juga staff PI1M kempadang...baca selanjutnya

PERTANDINGAN CIPTA KAD RAYA

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2015

Aktiviti ini diadakan bersempena untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang...baca selanjutnya

GOTONG - ROYONG

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2015

Aktiviti ini bertujuan untuk menyemai rasa sayang pada kebersihan disekeliling dan juga alam sekitar. Ia juga dapat memupuk sikap tanggungjawab bagi setiap individu untuk menjaga kebersihan...baca selanjutnya

Pertandingan Origami

Aktiviti Terkini | 26 April 2015

Pertandingan ini mengfokuskan kepada kategori sekolah menengah sahaja bersesuaian dengan tahap permainan yang dipilih untuk dijadikan pertandingan tersebut...baca selanjutnya

ONLINE MATH COLOURING

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2015

Mengfokuskan kepada kategori sekolah rendah sahaja bersesuaian dengan tahap permainan yang dipilih untuk dijadikan pertandingan tersebut...baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti