Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita orang tua di Kg. Kempadang mendapat nama kerana terdapat banyak Pokok Padang di kawasan Kg. Kempadang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


'Digi Awareness Talk'

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2016

Program CyberSAFE bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan pengguna ketika menggunakan internet....baca selanjutnya

PROGRAM INTERVERSI PEMERKAKASAN KELUARGA DAN KOMUNITI (FACE)

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2016

Program Klik Dengan Bijak bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan menggunakan internet.....baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Sambutan Hari Kanak-kanak anjuran Petrosains

Aktiviti Terkini | 25 - 27 November 2016

Pihak pengurusan PI1M diberi peluang untuk bersama-sama terlibat dalam Sambutan Hari Kanak-kanak anjuran pihak Petrosains. Tujuan aktiviti ini disertai adalah untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia, program E-waste & Klik Dengan Bijak kepada para pengunjung...baca selanjutnya

SESI KE-2 BENGKEL ROBOTIK PETROSAINS BERSAMA SEKOLAH DAN PI1M ANJURAN DIGI

Aktiviti Terkini | 21 - 22 November 2016

Sesi ke-2 untuk bengkel ini adalah bertujuan mempelajari lebih lanjut tentang cencor atas robot & cencor LED dibawah robot....baca selanjutnya

Karnival Amal Kesenian, Kebudayaan & Asas Tani>

Aktiviti Terkini | 14 - 16 Oktober 2016

Karnival ini memberi peluang kepada pihak PI1M memperkenal dan mempromosikan PI1M disamping memberi pengetahuan kepada orang ramai untuk melupuskan barang-barang eletronik melalui program e-waste...baca selanjutnya

Digi Cybersafe

Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2016

Aktiviti ini adalah untuk memberi maklumat berkaitan kebaikan dan keburukan penggunaan Internet. Dengan adanya aktiviti ini, pelajar lebih berhati-hati ketika menggunakan internet selepas mendengar taklimat...baca selanjutnya

BENGKEL ROBOTIK PETROSAINS BERSAMA SEKOLAH DAN PI1M ANJURAN DIGI

Aktiviti Terkini | 04 - 05 Oktober 2016

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari lebih mendalam dalam bidang teknologi sains dan meningkatkan kreativiti pelajar serta mempunyai berdaya saing yang sihat dan bekerjasama dalam kumpulan...baca selanjutnya

Penerangan Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 25 September 2016

Tujuan aktiviti ini untuk memperkenalkan mengenai program Klik Dengan Bijak dan memberi maklumat mengenai keselamatan siber kepada para pelajar...baca selanjutnya

PERJUMPAAN PETROSAINS DAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA ANJURAN DIGI

Aktiviti Terkini | 21 September 2016

Perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang Bengkel Robotik yang akan diadakan di PI1M Semambu pada 4 dan 5 November 2016. Bengkel ini adalah usahasama antara pihak Digi dan juga pihak Petrosains...baca selanjutnya

CYBERSAFE IN SCHOOL WORKSHOP

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2016

Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan mengenai program cybersafe dan memberi maklumat mengenai keselamatan siber kepada para pelajar dan guru...baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

Aktiviti Terkini | 06 Ogos 2016

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’...baca selanjutnya

KARNIVAL REKACIPTA INOVASI & ICT PERINGKAT KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 22 - 24 Julai 2016

Tujuan Program diadakan adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan di PI1M dan wifi komuniti serta klik dengan bijak...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD RAYA KREATIF PI1M KG. KEMPADANG

Aktiviti Terkini | 25 Jun 2016

Program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang pelajar menunjukkan kreativiti dalam mencipta kad raya menggunakan Microsoft Publisher...baca selanjutnya

PROGRAM HARI TERBUKA PI1M KG. KEMPADANG

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2016

Program Hari Terbukan ini memberi peluang penduduk kampung menyertai pertandingan dan hadiah yang telah disediakan. Selain itu, membuat kempen kesedaran ketika berada diatas talian (online)...baca selanjutnya

KELAS PENJAGAAN MUKA DAN SOLEKAN MARY KAY

Aktiviti Terkini | 24 April 2016

PI1M Kampung Kempadang telah berkobelarasi bagi mengadakan kelas solekan ini. Ini bagi memberi peluang untuk wanita yang hadir mendengar & mencuba sendiri produk dari Mary Kay disamping memperkenalkan fungsi PI1M & Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA
(PI1M) SRI MAHKOTA JAYA

Aktiviti Terkini | 23 April 2016

Wakil PI1M Kampung Kempadang telah bersama-sama menyertai Hari Perasmian PI1M Sri Mahkota Jaya. Wakil kami membantu setiap program yang dijalankan memastikan program berjalan lancar, disamping memperkenalkan fungsi PI1M & Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

HARI TERBUKA AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
CAWANGAN KUANTAN

Aktiviti Terkini | 23 April 2016

Wakil PI1M Kampung Kempadang telah menjemput untuk menguruskan pertandiangan mewarna bagi kanak-kanak serta ibu. Kami juga ditugaskan sebagai juri selepas menyumpul semua kertas hasil warna kesemua peserta disamping itu kami mengagihkan penanda buku yang menerangkakan fungsi PI1M & Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

BACAAN YASIN DI PI1M

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2016

PI1M Kg. Kempadang telah menjemput kumpulan wanita Kg. Kempadang bersama-sama membuat bacaan Yasin untuk mengambil keberkatan disamping merapatkan hubungan dengan kumpulan wanita Kg. Kempadang disamping memperkenalkan fungsi PI1M & Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2016

PI1M Kg. Kempadang & berberapa PI1M daerah Kuantan, telah dijemput bersama-sama menjayakan Hari Terbuka Kemas Parlimen Kuantan, di Bangunan Kemas Perumahan Berjaya Permai...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak & kuiz KDB

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2016

PI1M Kg. Kempadang, telah mengadakan penerangan Slide KDB, tayangan video KDB serta Kuiz KDB bertujuan menerapkan etika ketika melayari internet...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti