Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita orang tua di Kg. Kempadang mendapat nama kerana terdapat banyak Pokok Padang di kawasan Kg. Kempadang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BENGKEL MIV BERSAMA IMFUTURES

Aktiviti Terkini | 17-19 Disember 2021

Program ini merupakan kerjasama antara MIV dan IMfutures Indera Mahkota, Kuantan . Petugas PEDi dan wakil komuniti daerah Kuantan telah menyertai program ini bertujuan untuk mengelolakan Sukarelawan ICT sebagai sumber yang boleh membantu komuniti...baca selanjutnya

‘MYFIT@COMMUNITY VIRTUAL FUN RUN PAHANG 2021’

Aktiviti Terkini | 7 November 2021

Program hasil kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan FFK menganjurkan virtual fun run....baca selanjutnya

PROGRAM KEJOHANAN SEPAKAN PENALTI 2021 DI KAMPUNG KEMPADANG SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

Aktiviti Terkini | 10 Oktober 2021

Program hasil kerjasama antara JKKK Kampung Kempadang, Kelab Komuniti Kampung Kempadang, Jabatan Belia & Sukan Pahang, ADN Tanjung Lumpur, Ahli Majlis MBK, Penghulu Kuala Kuantan 1, Pemuda UMNO Kuantan, Pemuda PAS Kuantan, JPKK, dan Unit Amal....baca selanjutnya

PERKONGSIAN MENGENAI E-WASTE

Aktiviti Terkini | 25 September 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Kempadang. Tajuk pengisian di dalam live ini tentang E.-Waste ...baca selanjutnya

PERSEDIAAN BAGI MENGHADAPI TEMUDUGA

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Kempadang. Tajuk pengisian di dalam live ini tentang persediaan bagi menghadapi temuduga...baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK (MAKLUMAT PALSU)

Aktiviti Terkini | 26 Julai 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Kempadang dengan kerjasama bersama Pengurus PIK Taman Berjaya Permai. Tajuk pengisian di dalam live ini tentang Klik Dengan Bijak yang menerangkan tentang tajuk Maklumat Palsu....baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI “HALA TUJU SELEPAS SPM & KENALI UCYP)

Aktiviti Terkini | 25 Jun 2021

Bekerjasama dengan Pihak UCYP dalam membantu pelajar lepasan SPM...baca selanjutnya

KUIZ KESEDARAN DAN KESELAMATAN INTERNET

Aktiviti Terkini | 23 Mei 2021

Mengetahui sejauh mana pengguna melayari internet dengan selamat dan berkhemah...baca selanjutnya

PROGRAM TADARUS AL-QURAN BERSAMA AHLI KUMPULAN BINA INSAN KG KEMPADANG

Aktiviti Terkini | 30 April 2021

Bersama mengikuti program yang di jalankan oleh komuniti kg kempadang...baca selanjutnya

PERTANDINGAN ‘WORD SEARCH’

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2021

Memberi pendedahan kepada pelajar...baca selanjutnya

LAWATAN RASMI YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN II (AHLI PARLIMEN PAYA BESAR) & PENGERUSI MCMC

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2021

Lawatan Rasmi dari YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah (Timbalan Menteri Kewangan II / Ahli Parlimen Paya Besar) dan Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Bin Abdul Malek, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff (Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang)serta diiringi oleh Tuan Hj. Zahari Bin Ismail iaitu Ketua Pejabat Negeri Pahang (MCMC)....baca selanjutnya

KUIZ KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2021

Memberi pendedahan kepada pengguna tentang keselamatan semasa melayari internet...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti