Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita orang tua di Kg. Kempadang mendapat nama kerana terdapat banyak Pokok Padang di kawasan Kg. Kempadang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli Pusat Internet dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak Pusat Internet dan komuniti setempat...baca selanjutnya

SAMBUTAN BULAN KELUARGA PERINGKAT KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 30 November 2018

Program ini adalah program membudayakan etika penggunaan gajet serta melayari alam siber secara sihat bertepatan dengan konsep Sambutan Bulan Keluarga Peringkat Kebangsaan Negeri Pahang 2018 iaitu “Keluarga Bijak Siber”....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM HARI POS SEDUNIA 2018 PERINGKAT NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 09 & 12 Oktober 2018

Pusat Internet area Kuantan terlibat dalam menyertai pembukaan booth mengenai Pusat Internet. Program ini dapat memperkenalkan peranan Pusat Internet kepada masyarakat serta dapat memberi pendedahan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet...baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA MAAL HIJRAH

Aktiviti Terkini | 21 September 2018

Program ini diadakan untuk menjalinkan hubungan baik antara Pusat internet dan komuniti Taman Berjaya Permai berserta pihak KEMAS...baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK TANJUNG LUMPUR

Aktiviti Terkini | 01 Ogos 2018

Program ini akan memberi kesedaran kepada pelajar SMK Tg Lumpur dengan menyampaikan taklimat Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

PROGRAM KELAS KECANTIKAN

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2018

Program ini diadakan untuk menjalinkan hubungan baik antara Pusat internet dan komuniti wanita kawasan Taman Berjaya Permai dan memberi peluang kepada komuniti wanita untuk mempelajari cara penjagaan kulit & kecantikan, supaya penampilan mereka lebih berkeyakinan.....baca selanjutnya

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA BERSAMA KEMAS

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2018

Program Jamuan Hari Raya dijalankan di KEMAS Sg Soi bersama penduduk Kg Kempadang dengan kerjasama Pusat Internet Kg Kempadang...baca selanjutnya

PROGRAM JAMUAN HARI RAYA PI KG KEMPADANG

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Program Jamuan Hari Raya dijalankan di Pi Kg Kempadang bersama penduduk Kg Kempadang bertujuan untuk meraikan dan mengeratkan hubungan antara pihak Pusat Internet dan warga penduduk kg Kempadang selain dapat mempromosikan Pusat Internet kepada pihak awam....baca selanjutnya

JELAJAH KARNIVAL SEBENARNYA.MY

Aktiviti Terkini | 06 Mei 2018

Program ini menerangkan kepentingan untuk menjaga keselamatan siber serta kepentingan dan kesan jika keselamatan siber diambil enteng serta memperkenalkan laman web Sebenarnya.My kepada masyarakat. Sebenarnya.My ini merupakan sebuah medium dimana memperjelaskan kepada umum bahawa tidak semua perkara atau maklumat yang disampaikan di media sosial/internet adalah benar. Dengan wujudnya laman web yang tersebut masyarakat pengguna boleh memastikan kesahihan berita yang disampaikan samada ia benar atau tidak...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI HARI TERBUKA PI1M SERI DAMAI & FELDA BUKIT SAGU

Aktiviti Terkini | 05 & 06 Mei 2018

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan pelajar. Para pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang kepentingan melayari internet dengan lebih bijak....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI HARI TERBUKA PI1M LEPAR HILIR 1

Aktiviti Terkini | 21 April 2018

Program ini menerangkan tentang kepentingan untuk menjaga keselamatan siber serta kepentingan dan kesan jika keselamatan siber diambil enteng, selain itu memperkenalkan PI1M dan mengeratkan hubungan diantara pelajar serta penduduk sekitar Felda Hilir 1 dengan pihak PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK TENGKU ABDUL RAHMAN TALIB (SMART)

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2018

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan orang ramai....baca selanjutnya

MAJLIS KESYUKURAN & DOA SELAMAT KEMAS SG SOI

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2018

Majlis Kesyukuran & Doa Selamat dan Bacaan Yasin dijalankan di Pejabat KEMAS Sg Soi bersama petugas KEMAS dan ahli KEMAS ....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI MESYUARAT AGONG DI TADIKA KEMAS SUNGAI SOI

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Program KDB dan E-Waste dijalankan di Pejabat KEMAS Sg Soi bersama petugas kemas dan ibu bapa dengan menerangkan Klik Dengan Bijak kepada petugas KEMAS & ibubapa, mengeratkan silaturahim sesama individu serta supaya dapat bekerjasama untuk program yang seterusnya, selain itu memperkenalkan PI1M....baca selanjutnya

SERAMBI TERUNTUM RUN 2018

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2018

Program ini dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Komuniti untuk menaikkan nama Serambi Teruntum dan dan memperkenalkan usahawan kepada pengunjung...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti