Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita orang tua di Kg. Kempadang mendapat nama kerana terdapat banyak Pokok Padang di kawasan Kg. Kempadang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM ICT CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2023

Sempena cuti sekolah, PEDi mengadakan beberapa program dan aktiviti bersama-sama dengan adik-adik sekitar PEDi, aktiviti yang dijalankan adalag seperti Tutorial and Quiz berkenaan ICT, serta education games, dan pelbagai lagi....baca selanjutnya

AFFILIATE CLASS FOR SHOPEE DAN TIKTOK

Aktiviti Terkini | 14 November 2023

Kelas affiliate tiktok dan shopee diadakan bagi memberi peluang perniagaan dan dapat membantu komuniti setempat dalam menjanakan pendapatan sampingan terutama bagi kaum ibu yang tidak bekerja...baca selanjutnya

ADVOKASI BERKENAAN KDB & S.A.F.E

Aktiviti Terkini | 6 Oktober 2023

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta maklumat menggunakan internet terutamanya mediasosial dengan lebih selamat....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI MALAYSIA & PROGRAM ADVOKASI BERSAMA TABIKA KEMAS JAYA GADING

Aktiviti Terkini | 15 September 2023

Program ini melibatkan 8 buah PEDi iaitu PEDi Kg Seri Damai, PEDi Kg Ubai, PEDi Kg Kempadang, PEDi Berjaya Permai, PEDi Kg Pandan, PEDi Mahkota Jaya, PEDi Felda Lepar Hilir & PEDi Felda Bukit Sagu...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & PROGRAM ADVOKASI BERSAMA TABIKA KEMAS KEM BATU 10 (KOLABARASI 8 PEDI)

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2023

Program ini melibatkan 8 buah PEDi iaitu PEDi Kg Seri Damai, PEDi Kg Ubai, PEDi Kg Kempadang, PEDi Berjaya Permai, PEDi Kg Pandan, PEDi Mahkota Jaya, PEDi Felda Lepar Hilir & PEDi Felda Bukit Sagu...baca selanjutnya

PERTANDINGAN PERMAINAN INTERAKTIF MENGUNAKAN APLIKASI KAHOOT SEMPENA AWAL MUHARRAM

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2023

Permainanan interaktif menggunakan aplikasi kahoot dimana pertandingan berdasarkan soalan-soalan yang berkaitan Awal Muhrram sempena menyambut hari peristiwa yang bersejarah bagi umat islam...baca selanjutnya

MENCIPTA POSTER SEMPENA SAMBUTAN HARU RAYA HAJI

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2023

Mencipta poster/kad hari raya bersempena sambutan Hari Raya Haji yang bakal disambut dalam bulan ini...baca selanjutnya

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DI PEDI BERJAYA PERMAI

Aktiviti Terkini | 19 Mei 2023

Majlis jamuan hari raya sempena meraikan sambutan hari raya aidilfitri tahun 2023, jamuan diserta beberapa ahli jawatan Pedi lain pada hari tersebut...baca selanjutnya

MEMBUAT UCAPAN KAD RAYA SEMPENA HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 14 April 2023

Aktiviti membuat kad ucapan hari raya sempena meimarakkan bulan ramadhan dan juga sambutan hari raya aidil fitri pada tahun 2023...baca selanjutnya

MAJLIS PENUTUPAN SEMPENA PROGRAM CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2023

Majlis penutupan sempena program cuti sekolah yang diadakan sepanjang cuti sekolah seperti kelas canva, kelas ict dan pelbagai lagi yang mana berkobalarasi dengan pihak pedi dimana kelas ada yang diadakan di pedi...baca selanjutnya

MESYUARAT AGUNG AKTIVITI KELAS KEMAS PPAK SOI

Aktiviti Terkini | 1 Februari 2023

Sempena pihak kemas mengadakan mesyuarat agung aktiviti kelas yang di adakan di kemas ppak soi. Pihak pedi dijemput untuk memeriahkan majlis dan serta menjadi juri bagi pertandingan yang diadakan di sana...baca selanjutnya

MEMBUAT POSTER/KAD UCAPAN MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA

Aktiviti Terkini | 13 Januari 2023

Sempena perayaan Tahun Baru Cina pada bulan ini, PEDi KG Kempadang mengadakan aktiviti mencipta Kad/poster menggunakan aplikasi Canva yang bertemakan Perayaan Tahun Baru Cina. Peserta adalah adik-adik PEDi yang berada di sekitar Kampung Kempadang....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti